Saturday, 2 April 2011

disebalik APRIL FOOL

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


hamba ingin menceritakan kisah sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah



_LUJNAH USRAH 2011_

Sunday, 27 March 2011

Wasiat Saidina Umar Al-Khattab



INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI. 



Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh. 


Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". 



Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).
Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...." 

Sunday, 20 March 2011

Apakah hukum MENIRU,BERBINCANG, atau MEMBAWA NOTA semasa peperiksaan??

Alhamdulillah,,sebelum cuti panjang yang lalu, peperiksaan tahap 1 telah berjalan selama 2 minggu di mulakan dengan tingkatan 4 diikuti dengan tingkatan 1,2,3 dan 6. Tetapi amat menyedihkan kerana terdapat sebilangan pelajar yang didapati meniru di dalam peperiksaan. 

Apakah hukum MENIRU,BERBINCANG atau MEMBAWA NOTA semasa peperiksaan?

Meniru adalah sesuatu perbuatan yg umum.. Kita boleh katakan ia perbuatan yg baik dan tidak mengikut jenis peniruan yg kita lakukan..Jika kita ingin menghukumkan perbuatan MENIRU itu secara zaatinya (perbuatan meniru itu sendiri) maka kita tidak boleh mengatakan secara mutlak adalah haram.. kerana meniru boleh jugak dimaksudkan dengan mencontohi..seperti kita katakan kita meniru akhlak Rasulullah SAW..maka perbuatan MENIRU sebegini adalah perbuatan yg mahmudah (terpuji)..maka qiaskan dengan perbuatan2 baik yg lain(baik di sini berdasarkan penilaian syara' bukan penilaian kita).. 

Kalau dibincangkan secara spesifik kpd peperikasaan maka ana mengambil fatwa yg dikeluarkan oleh Mufti Diyar Misriyyah Syeikhuna 'Ali Goma'a Hafizahullah apabila ditanya oleh murid beliau.. maka jawabnya perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah haram berdalilkan hadis Rasulullah SAW : "Man Ghassyana Falaisa Minna" "Sesiapa yg menipu kami maka dia bukanlah drpd golongan kami" Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg utama amanah kita dgn Allah.. 
Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita bg anak isteri kita makan.kita bg mak ayah kita..sedangkan hasil yg kita dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yg sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sbnr..adakah rezeki yg kita dapat adalah HALAL?? Ingatlah sabda Nabi SAW " La imana liman la amanata lahu" "Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya" Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dr Abi Hurairah R.A ; "Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa'ada akhlafa waiza'tumina khaana" "Tanda2 atau ciri2 org yg munafik ada tiga :
1) bila bercakap dia berdusta 
2)bila berjanji dia mungkiri 
3)bila diberi amanah dia khianati.. 
Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. 
brp ramai yg mndapat result cemerlang tetapi masih menganggur dan berapa ramai yg hanya berkelulusan SPM tetapi mendapat pekerjaan yg setimpal dgn kelulusannya??fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Kata org tua-tua "Kalau sedikit tetapi berkat ia akan mengcukupi tapi walaupun byk kalau tidak berkat tidak akan cukup selama-selamanya" Wallahu A'laam..


jadi janganlah meniru, kasihanilah mereka yang bertungkus lumus belajar Biarlah kita kalah dalam keadaan yang bermaruah, tapi jangan menang dalam keadaan yang hina.Kita kadang kala terlalu obses mengejar kejayaan hingga lupakan Allah dan tujuan manusia hidup di dunia yang sementara ini..

sumber dari :
i luv islam

Saturday, 19 March 2011

Mabuk cinta @ cinta mabuk

assalamualaikum sahabat-sahabatku...
insyaAllah. hamba ingin ceritakan tentang 1 kisah cinta..


dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.
bila pemuda tersebut melihat Nabi a.s berada dihadapannya maka dia pun berkata:
"wahai Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberiku seberat semut jarrah cintaku kepada-Nya"


berkata Nabi Isa:
"wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat jarrah itu"


berkata lelaki itu lagi:
"wahai Isa, kalau saya tidak terdaya untuk satu jarrah, maka kamu mintalah untukku
setengah berat jarrah"


oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Isa pun berdoa,
"ya tuhanku,berikanlah dia setengah berat jarrah cintanya kepadaMu"


selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda itu tetapi Nabi tidak dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. maka Nabi bertanya kepada orang yang lalu lalang di tempat itu dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada gunung.


setelah Nabi mendengar penjelasan orang-orang itu maka Nabi pun berdoa kepada Allah:


"Wahai tuhanku,tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."


selesai sahaja Nabi berdoa maka beliau pun melihat pemuda itu berada di antara gunung ganang dan sedang duduk di atas sebiji batu besar,matanya memandang ke langit.


Nabi menghampiri pemuda itu dengan memberi salam,tetapi pemuda itu tidak menjawab salam lalu Nabi Isa berkata,
"saya ini Isa a.s"


kemudian Allah menurunkan wahyu yang berbunyi,
"wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab hatinya itu terdapat kadar setengah berat jarrah cintanya terhadapKu. demi keagungan dan keluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahui"



Rasulullah telah bersabda:
"akan datang waktunya ummatku akan mencintai 5 perkara dan lupa kepada 5 perkara"


1] mereka cinta kepada dunia tapi mereka lupa akhirat
2] mereka cinta harta benda tapi mereka lupa hisab
3] mereka cinta makhluk tapi mereka lupa Al-Khaliq
4] mereka cinta dosa tapi mereka lupa untuk bertaubat
5] mereka cinta gedung-gedung mewah tapi mereka lupa kepada kubur

Thursday, 17 March 2011

Muhammad Rasulullah


"sesungguhnya pada Rasulullah ikutan yang terbaik bagi kamu. iaitu bagi orang yang 
mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kemudian,
serta ia banyak mengingati Allah"

Muhammad Rasulullah..
satu nama yang belum pernah dimiliki orang arab sebelumnya. peribadi yang mengesan. hamba ingin kembali mengingati kan kalian terhadap perjuangan baginda yang semakin hari, idola kita ini semakin dilupakan..

ketika ayat pertama diturunkan, babak baru muncul dalam kehidupan Muhammad Rasulullah. pulangnya ke rumah meminta diselimutkan penuh ketakutan. Khadijah isteri tercinta menenangkan , membelai, dan memberi perangsang.

misi Allah dilaksanakan seiring dengan kemuliaan akhlak. baginda juga tidak pernah mengecewakan sesiapa yang bertanya atau meminta.. hamba teringat akan kisah yang dimana pada suatu hari datang seorang lelaki lalu berkata:

"Ya Rasulullah! aku ingin masuk Islam tapi tidak mahu meninggalkan zina..."

jawab Rasul: "ya, bagaimana seandainya ibumu,makcikmu , kakakmu atau saudaramu dilakukan demikian oleh orang lain??"

menangis orang itu penuh keinsafan terhadap kebodohannya. 

begitu juga dengan kisahnya seorang yang menghantar hadiah sebanyak 70`000 dirham kepada baginda. serta merta wang itu diletakkan di atas tikar dengan dibahagi- bahagikan kepada fakir miskin sehingga habis. tiba- tiba, datang seorang lelaki meminta bahagiannya.
baginda bersabda:

"sekarang aku tidak punya apa2 lagi,tetapi berhutanglah di atas namaku, nanti aku jelaskan bayarannya"

adakah kita mencontohi baginda??

anas berkata:
"sepuluh tahun aku bekerja dengan Rasulullah , tapi tidak pernah baginda marah apalagi mengherdik saya"

baginda pernah diminta Abu hurairah untuk melaknati orang kafir lalu jawab baginda:

"aku diutus bukan untuk melaknati manusia, tapi sebagai rahmat untuk seluruh alam"

bagindalah pemerintah yang mampu memperbaiki ummah seluruhnya dalam janka waktu 23 tahun. baginda juga panglima perang tidak kurang 27 kali memimpin medan jihad secara langsung. baginda sentiasa berada di barisan hadapan mengobarkan semangat pasukan.

MEREKALAH 'ABID PADA WAKTU MALAM DAN SINGA DI SIANG HARI


"ya Rasulullah, tak mampu kami melukiskan keagunganmu"

Monday, 14 March 2011

Ibadah itu Mudah, Syurga pasti Indah.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa'i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yg dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah SAW..

Suatu hari semasa para sahabat duduk bersama Rasulullah, Baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga."
Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wudhu'nya. Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.
Keesokan hari Rasulullah mengulangi perkataan yang sama: "Akan datang seorang lelaki penghuni syurga." Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.
Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.
"Saya bertengkar dengan ayah saya dan berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah bin Amr bin Al-Ash kepada lelaki itu.
Abdullah diizinkan oleh orang itu ke rumahnya dan tidur di rumahnya selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.
Kata Abdullah: setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: "Hai hamba Allah! Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah bekata tentang dirimu sampai tiga kali, 'Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.' Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu. Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tak lebih dari apa yang kau saksikan.'
"Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: 'Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang kau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan dalam diriku niat buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.'"
"Lalu aku berkata: 'Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada hasad dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.'" (Hayat al-Shahabah, jilid2 hlmn 520-521)

mudahkan? lelaki ansar dlm kisah ni hanya buat 2perkara je, tak simpan niat buruk & tak dengki..
syurga Allah tak murah tapi dgn ibadah yg begitu mudah, kita dapat nikmati keindahan abadi...
semoga kita dapat mencapai maqam yg tinggi disisi Allah, amin~
Kembali Ke Atas