Assalamualaikum,
Pada 25 Januari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, Badan
Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan
majlis Maulidur Rasul bersempena dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada 22
Rabiulawal, iaitu pada hari Khamis. Majlis ini disertai oleh semua pelajar
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan termasuklah guru-guru dan staf-staf sekolah.
Majlis ini bertujuan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad
iaitu pada 22 Rabiulawal 1434 hijrah bersamaan pada hari Khamis, oleh kerana
pada hari Khamis seluruh negara telah bercuti, jadi majlis ini telah diadakan
pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat.
Pada waktu pagi, seperti biasa, pelajar beratur dan majlis
bermula pada pukul 8.00. Kertas selawat telah diedarkan kepada para pelajar dan
mereka telah berarak dari tapak perhimpunan ke dewan utama sambil berselawat
yang diketuai oleh pengawas. Para guru dan staf juga turut serta bersama-sama
berarak.
Majlis telah dimulakan dengan persembahan nasyid oleh
kumpulan nasyid Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan dan seterusnya ceramah
yang telah disampaikan oleh guru lelaki sekolah sendiri, iaitu Ustaz Arif dan
Ustaz Ramli yang menceritakan tentang kisah hidup perjalanan nabi kepada para
pelajar yang hadir pada hari itu. Walaupun majlis ini sering diraikan pada
setiap tahun, namun semangat yang dapat dilihat meningkat pada saban tahun.
Selain itu, ada juga diselitkan dengan persembahan
kontinjen-kontinjen sekolah yang menyertai MASISUPA pada tahun 2013. Sekalung
tahniah juga diucapkan kepada mereka yang telah berjaya meraih kejuaraan dan
seterusnya telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini akan dapat
diteruskan pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh, penolong setiusaha BDDK sesi 2013.
No comments:
Post a Comment