Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh. Selamat tahun baru, iaitu tahun 2013. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas dan juga semoga pengurusan BDDK pada tahun ini akan menjadi lebih mantap.
Pada 19 Januari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, Badan
Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan
Majlis Mu’tamar bagi tahun 2013. Majlis ini disertai oleh pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan termasuklah guru-guru.
Majlis ini bertujuan bagi melantik dan memperkenalkan ahli-ahli
majlis tertinggi dan ahli-ahli majlis mesyuarat iaitu ketua-ketua dan
penolong-penolong yang baru mengikut lujnah kepada para pelajar dan guru-guru kerana
menggantikan pelajar-pelajar yang telah menamatkan sesi persekolahan mereka
pada tahun lepas.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu
nasyid oleh semua pelajar. Seterusnya dengan ucapan guru penasihat, Puan Wan
Rafiqah dan juga ucapan-ucapan oleh alumni BDDK Sekolah Menengah Agama
AL-Ihsan, iaitu Ali Bin Aminuddin yang merupakan ketua BDDK pada tahun 2011,
Syed Ubaidillah dan juga Sofena binti Farid pula merupakan alumni BDDK pada
tahun 2012.
Setelah tamat sesi ucapan, disertai pula dengan sesi
perlantikan. Terdapat 8 lujnah yang ada
di bawah BDDK iaitu, Lujnah Usrah, Lujnah Ceramah dan Kerohanian, Lujnah
Tarbiah, Lujnah Tugas-tugas Khas, Lujnah Hawa, Lujnah Tamrin dan Kegiatan Luar,
Lujnah Ekonomi dan Lujnah Publisiti. Mereka yang dipilih berdasarkan
perbincangan guru-guru penasihat dan juga alumni BDDK sendiri.
Semoga mereka yang dilantik ini akan dapat menjalankan tugas
dan memberikan komitmen yang baik. Harapan juga semoga BDDK pada tahun ini akan
menjadi lebih baik dan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Dilaporkan oleh, penolong setiausaha BDDK sesi 2013.
No comments:
Post a Comment