Follow us.

Saturday 21 September 2013

Selamat Maju Jaya




Assalamualaikum, semoga semua berada dalam keadaan sihat sahaja. Kata-kata nasihat pada hari ini ialah;
"Jangan lah kita menghina fizikal seseorang hanya kerana dosa dia, marahlah kita kepada dia hanya kerana perbuatannya yang melakukan maksiat."

Selamat beramal. Senyum.

:-)


Tuesday 6 August 2013






selamat hari raya aidlifitri diucapkan kepada semua warga sma al-ihsan, daripada bddk sesi 2013 :)





Saturday 13 July 2013

Laporan Majlis Perkongsian Ilmu Bersama Dr. Mad Nor Sundari




Pada 26 Jun yang lalu iaitu pada hari Rabu, Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan majlis Perkongsian Ilmu bersama Dr. Mad Nor Sundari. Majlis ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan termasuklah guru-guru dan staf-staf sekolah serta ibu bapa.

Majlis ini bertujuan bagi berkongsi ilmu tentang visi dan misi pelajar muslim dan pengalaman doktor pakar, iaitu beliau sendiri dalam misi keamanan di Palestin baru-baru ini.

Pada permulaannya, Dr. bercerita mengenai pengalaman beliau berada di Palestin dalam misi keamanan di sana. Tujuan lawatan ke sana adalah untuk melihat sendiri keadaan, dan peritnya penduduk di Palestin meneruskan kehidupan yang terpaksa menjadi pelarian di Negara mereka sendiri.

Selepas itu, anak doktor iaitu Izzuddin, bekas pelajar SMA Al-Ihsan sendiri berkongsi cerita mengenai pengalamannya menyambung pelajarannya di Universiti Aberdeen, Scotland dalam bidang perubatan.

Banyak info dan maklumat yang diperoleh daripada majlis ini. Semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Harapan juga para hadirin yang hadir, yang terdiri daripada pelajar, guru-guru dan ibu bapa dapat ilmu yang bermanfaat daripada majlis perkongsian ilmu ini.


Page BDDK.






 Page rasmi BDDK :)



Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Kareem






ALhadmulillah, ramadhan telah tiba. Semoga ramadhan kali ini terbaik daripada yang sebelumnya. Nantikan aktiviti-akitivi menarik yang akan berlangsung sepanjang ramadhan dalam post seterusnya :-)