Follow us.

Saturday 15 June 2013

Cara menutup aurat dengan sempurna. (Khusus bagi wanita)

Assalamualaikum pembaca setia blog BDDK. Apa khabar semua pelajar ihsan? Mungkin alumni SMA Al-Ihsan, atau mungkin juga ada daripada anda merupakan alumni BDDK SMAI. Admin berharap semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya :)

Apakah definisi aurat?

Aurat adalah perkara yang tidak baik atau keaiban yang perlu ditutup daripada pandangan ajnabi dan hanya boleh dilihat oleh mahram, iaitu dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikahwini.

Kenapa aurat lelaki dan wanita tidak sama?

Perbezaan kematangan antara lelaki dan wanita berbeza. 

Pandangan lelaki tentang fashion?

Pada pandangan lelaki, kecantikan adalah kecantikan dari segi akhlak dan pemikiran.

Apakah kaitan tudung dengan pembentukan akhlak? 

Kerana antara kriteria wanita solehah adalah dengan menjaga amanah. Dan sesungguhnya aurat itu merupakan anugerah dan amanah buat wanita islam yang perlu dijaga dan dikotakan.

Cara mengekalkan perubahan?

Cuba untuk istiqamah. Dan antara faktor yang boleh mengekalkan perubahan adalah:

- Persekitaran
- Rakan sebaya
- Intra personal strength 

Boleh juga cuba berpuasa.

Bagaimana menutup aurat boleh mengekalkan darjat?

Aurat adalah muamalah, berbeza dengan ibadah. Iaitu muamalah adalah perkara yang harus itu mendahului. Tiada model / warna yang dikhususkan di dalam islam. 

Ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh wanita islam yang sudah baligh:

1- Menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ada sesetengah ulamak membolehkan bahagian kaki untuk tidak ditutup; mengikut keadaan dan masa.
2- Bersederhana. Boleh memakai wangian, tetapi sekadar untuk diri sendiri, dan sedikit. Dan bukan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi.
3- Pakaian itu diiktiraf.*
4- Pakaian yang tidak menyerupai lelaki.
5- Pakaian yang tidak menyerupai agama lain.

Apakah definisi tabaruj?

Sesetengah ulamak ada menyatakan bahawa tabaruj;
- Berhias-hias secara melebih-lebih seperti wanita arab pada zaman jahiliyyah.
- Mendedahkan apa yang patut ditutup.
- Sengaja berjalan lenggok untuk mendapat perhatian.
- Pergaulan/bercampur secara bebas bersama kumpulan lelaki.

Tambahan:
Sekiranya memakai baju yang longgar, dan sudah menutup di bahagian dada, cukup lah sekadar memakai tudung di paras atas dada.

Tidak ada guna jika sekirnya kita cantik di luar, cantik menutup aurat dari atas hingga bawah tetapi hati kita selalu berdengki dengan orang lain. Sering berkata buruk mengenai orang lain.

Jangan terus mencela, doakan mereka.
Terang, bukan serang.
Didik, bukan herdik.

Menutup aurat itu sangat mudah. Jangan terlalu liberal (bebas) atau jangan terlalu jumud (sempit).  Sekiranya ada salah dan silap, boleh bagitahu atau ada sebarang komen boleh dihantar melalui komen di bahagian bawah setiap entry. Sesungguhnya islam itu indah dan yang penting, bersederhanalah. Selamat beramal :)

Aurat perlu ditutup supaya dihormati, dan dikenali sebagai wanita yang baik-baik.

Ilmu diperolehi dari festival ciao bella, hari muslimah solehah 2013.  
Admin- T. S/u

No comments: