Follow us.

Monday 25 March 2013

Kem Sahsiah Cemerlang 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan berkah dan izinnya Kem Sahsiah Cemerlang berjaya dilaksanakan

Pada 22-24 Mac 2013 iaitu pada hari Jumaat yang lepas Kem Sahsiah Cemerlang telah dilaksanakan oleh BDDK bagi pelajar tingkatan 1...

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk melaksanakan KSC 2013. Terima kasih juga kepada Alumni BDDK 2011 dan 2012 kerana sanggup hadir bagi memantau serta menyelaraskan program KSC ini.

Tidak lupa kepada Fasilitator yang terdiri dari pelajar Tingkatan 4 dan 5 kerana membantu BDDK untuk mejayakan program ini.

Program ini diketuai oleh Ahmad Lutfi Bin Abd. Razak dan penolongnya, Nur Anis Adibah Binti Hamid.

Seramai 118 orang peserta dari pelajar tingkatan 1 menyertai KSC..tahniah dan syabas kami ucapkan kepada adik-adik yang sanggup mengorbankan masa cuti selama 3 hari bagi menjayakan program ini.

Pada hari Jumaat jam 4.00 petang para pelajar sudah mula mendaftar di lobi Dewan Ad-Daruqutni.


setelah sesi pendaftaran aktiviti riadah dimulakan di dewan. Selesai itu, solat Maghrib ditunaikan secara berjemaah di Surau Aspuri dan Kuliah Maghrib bermula setelah itu. Selesai solat Isyak, para pelajar mula bergerak ke dewan bagi sesi Ice Breaking.

Ice Breaking bermula dengan sesi pengenalan antara Fasilitator dan peserta. Pengenalan antara Facy-facy bersama Ketua dan Penolong Facy juga dimulakan. Pada malam itu, peserta lelaki dibahagikan kepada 9 kumpulan manakala peserta perempuan dibahagikan kepada 7 kumpulan.




23 Mac 2013

Pagi itu kami mulakan dengan Solat Subuh secara berjemaah dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Fasilitator itu sendiri. Selesai itu, para peserta mula bersarapan dan  sesi riadah bermula. Para peserta dikehendaki mencipta Trademark kumpulan tersendiri.








jam tepat 9 pagi Explorace bermula. Peserta KSC kelihatan bersemangat sekali. Peserta mula berkumpul di dewan bagi mendengarkan taklimat Explorace oleh Fasilitator Salmi, Aina dan Arina


sebahagian perserta yang berjaya sampai di CheckPoint 4 dan menunggu giliran

Selesai melalui ketujuh-tujuh Check Point bagi perempuan dan 9 CheckPoint bagi lelaki, peserta dikehendaki melengkapkan ayat yang telah diperolehi dari setiap checkpoint yang mereka lalui. Peserta perempuan dari Kumpulan 4 telah berjaya sampai ke tempat terakhir Explorace iaitu di dalam dewan.

Selesai Explorace peserta mula menyiapkan diri bagi menunaikan Solat Zohor. Selesai solat berjemaah dan makan tengahari peserta dikehendaki menuju ke dewan bagi memulakan LDK 1








 Facy-facy dikehendaki duduk bersama anak buah masing-masing dan Ketua serta Penolong Facy perlu memantau keadaan.


Selesai LDK 1, para peserta menunaikan Solat Zohor berjemaah, riadah bebas diadakan pada petang itu. Riadah ini dikendalikan oleh Fasilitator Tingkatan 4.

Malam itu sebuah filem yang bertajuk 'Hafalan Solat Delisa' telah ditayangkan. Sejurus selepas itu, Malam Tarbiyah bermula, dikendalikan oleh Fsailitator Hafizan dan Salmi

 


24 Mac 2013

Jam 5 pagi Qiamullail bermula, diikuti dengan Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Fasilitator Hafizan. Selesai itu,  riadah bersama Fasilitator Nadirah diadakan di Tapak Perhimpunan.







LDK 2 bermula. LDK 2 yang bertajuk SOLATKU dikendalikan oleh Fasilitator Hafizat dan Adila.
Selesai itu, Resolusi bersama Alumni iaitu Umair dan Saufi diadakan di surau Aspuri. Jam 11.30 pagi Majlis Penutup bermula, Majlis ini dikendalikan oleh Fasilitator Nadirah, Aina dan juga Syed Tolhah. 









Fasilitator Syed Tolhah, Aina dan Aishah mengendalikan Unit Cenderamata. Majlis ini dirasmikan oleh Alumni 2011 iaitu Kak Syafiqah Binti Mohd Noor. Kumpulan peserta terbaik Lelaki disandang oleh Kumpulan 1 manakala perempuan disandang oleh Kumpulan 4. Bagi peserta terbaik Lelaki, disandang oleh Haziq Azamuddin manakala perempuan disandang oleh Sakinah.

Tepat jam 1.00 tengahari tamat sudah Kem Sahsiah Cemerlang 2013 bagi pelajar Tingkatan 1. Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan kepada Fasilitator dan Para Peserta yang membantu melaksanakan Program ini. Semoga KSC tingkatan 2 akan datang dapat dilaksanakan seperti yang kali ini Inshaa Allah.

                                                                                     

Disediakan oleh Penolong Lujnah Hawa

No comments: