Follow us.

Sunday 21 March 2010

program realiti tv adik-adikku

Pengenalan Program Adik-Adikku

Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1 bermula 15 Februari 2010 manakala siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya. Siaran langsung pertandingan akhir dijadualkan akan berlangsung pada 18 Mac 2010 pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 20 finalis program ini 2 daripadanya datang dari SMA AL-IHSAN iaitu


DAIE SALMI



BIODATA

NAMA PENUH : SITI SALMI SHAHARUDDIN
UMUR : 11 TAHUN
TARIKH LAHIR : 05.01.1998
ALAMAT : NO 28 LRG SG ISAP DAMAI 8 PERKG. SG ISAP DAMAI 25150 KUANTAN PAHANG
PENGALAMAN : BERCERITA (johan sekolah)
JOHAN PERTANDINGAN BAHASA ARAB

MURABBI SALMI


BIODATA

NAMA PENUH : USTAZAH ASNI ABU MANSOR
UMUR : 35 TAHUN
TARIKH LAHIR : 29 APRIL 1975
TEMPAT LAHIR : TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
ASAL : FELDA PASIR BESAR,GEMAS. NEGERI SEMBILAN
SUAMI : MOHD NASIR RUSTAM AL HAFIZ

http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html






DAIE MADIHAH



BIODATA

NAMA PENUH : MADIHAH MOHAMED RAZELAN
UMUR : 13 TAHUN
TARIKH LAHIR : 21.05.1996
ALAMAT : NO 3 LOT 68079 KG PERMATANG BADAK 25150 KUANTAN PAHANG
PENGALAMAN : SYARAHAN ( ketiga peringkat Kebangsaan)

MURABBI MADIHAH


BIODATA

NAMA PENUH : HJ. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH
AGAMA : ISLAM
STATUS : BERKAHWIN
ANAK : 5 ORANG












juara adik-adikku 2010




"active your dakwah protect your ukhuwah"



No comments: