Follow us.

Sunday 3 February 2013

Laporan Majlis Maulidur Rasul.


Assalamualaikum,
Pada 25 Januari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan majlis Maulidur Rasul bersempena dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada 22 Rabiulawal, iaitu pada hari Khamis. Majlis ini disertai oleh semua pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan termasuklah guru-guru dan staf-staf sekolah.

Majlis ini bertujuan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad iaitu pada 22 Rabiulawal 1434 hijrah bersamaan pada hari Khamis, oleh kerana pada hari Khamis seluruh negara telah bercuti, jadi majlis ini telah diadakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat.

Pada waktu pagi, seperti biasa, pelajar beratur dan majlis bermula pada pukul 8.00. Kertas selawat telah diedarkan kepada para pelajar dan mereka telah berarak dari tapak perhimpunan ke dewan utama sambil berselawat yang diketuai oleh pengawas. Para guru dan staf juga turut serta bersama-sama berarak.

Majlis telah dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan dan seterusnya ceramah yang telah disampaikan oleh guru lelaki sekolah sendiri, iaitu Ustaz Arif dan Ustaz Ramli yang menceritakan tentang kisah hidup perjalanan nabi kepada para pelajar yang hadir pada hari itu. Walaupun majlis ini sering diraikan pada setiap tahun, namun semangat yang dapat dilihat meningkat pada saban tahun.

Selain itu, ada juga diselitkan dengan persembahan kontinjen-kontinjen sekolah yang menyertai MASISUPA pada tahun 2013. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada mereka yang telah berjaya meraih kejuaraan dan seterusnya telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh, penolong setiusaha BDDK sesi 2013.
                              

No comments: