Follow us.

Saturday 12 February 2011

Muktamar BDDK 2011

alhamdulillah.. pada 11 januari 2011, telah berlangsungnya Muktamar Badan Dakwah Dan Kepimpinan(BDDK) bertempat di dewan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan,Kuantan. Kehadiran para pelajar banin dan banat yang paling ramai melakar sejarah muktamar pada kali ini.



Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

 Harapan presiden BDDK 2011, Ali Aminuddin agar badan dakwah pada tahun ini dapat melatih para pelajar banin dan banat untuk berdakwah dan merealisasikan Islam sebagai salah satu cara hidup disamping dapat melahirkan ramai pendakwah yang berani menegakkan Islam.
 -barisan kepimpinan BDDK 2011-








firman Allah (Al-Ma’idah:3):

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.

Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak. Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.

Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :

Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

3 comments:

sofwahayati said...

tahniah MT dan MM BDDK 2011!

irsyad ar-rasyidin said...

huhu...tq...insyaAllah...kami akan buat yang terbaik untuk Islam...untuk Islam kami hidup...takbir 3x

shahira rahimah said...

allahu akbar~!!!!!!!!!