Follow us.

Thursday 3 February 2011

Selamat Bercuti


Selamat bercuti diucapkan kepada warga Al-Ihsan.
semestinye ramai yang bercuti bersama keluarga tercinta.

"Kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang diberikan"
-Hasan Al Banna

Kita hidup di dunia ni memang kita nak buat macam-macam. Sebelum kita sebut tentang apa yang kita nak buat, elok kita cerita dulu tentang apa yang kita perlu buat. Itu sahajapun belum tentu dapat diselesaikan semuanya. Sebab tu lah bila Mujaddid Umat ini (Hasan Al Banna) mengeluarkan pernyataan di atas, ia adalah tepat dan sangat berhikmah.

Sebelum melangkah melihat ke dalam hidup orang lain, lihat dahulu hidup kita dan diri kita. Apakah yang telah kita lakukan selama kita hidup? Adakah semua yang kita lakukan tersebut cukup untuk meneruskan hidup di sana nanti? Kita sendiri tahu dan kita sendiri sedar akan bertimbunnya amanah yang perlu kita galas, namun kita sering berusaha mengabaikannya dan merasakan tidak perlu mengambil tahu. Sehinggakan apa yang kita hendak lakukan didahulukan dibandingkan dengan apa yang perlu kita lakukan.

Kehendak dan keperluan itu perlu difahami agar kita tidak membuang baki hidup yang bakal kita jalani selepas ini dengan perkara-perkara yang tidak perlu dalam kehidupan. Sangat-sangat banyak perkara yang belum kita tunaikan yang akan dipersoalkan di sana nanti.

Cuba jawab soalan-soalan di bawah:
1. Sudahkah kita menghafal Al-Quran?
2. Sudahkah kita menguasai Bahasa Arab?
3. Sudahkah kita mendidik generasi kita dan generasi di bawah kita untuk menyambung perjuangan?
4. Sudahkah kita berbakti kepada ibubapa dengan sesungguhnya?
5. Sudahkah kita menguasai bidang-bidang ilmu yang pelbagai?
6. Sudahkah kita bersedia untuk mati?
7. Sudahkah kita cukup beramal untuk bertemu Allah?


Setiap soalan ada jawapan. Dan jawapan itu membawa amanah yang perlu kita tunaikan. Kewajipan-kewajipan tetap tergalas. Persoalannya bukan sama ada kita ingin memikul kewajipan itu ataupun tidak, tetapi sama ada kita ingin melaksanakan dengan cara terbaik atau mengabaikannya. Kewajipan tetap kewajipan! Masa terhad, umur makin dekat kepada pengakhiran, adakah hati makin insaf dan makin beriman? Tepuk dada, tanya iman.
wallahu a3lam.

-taqwa-



No comments: