Follow us.

Sunday 1 May 2011

antara sahabat dan ikhwan

pada suatu hari berlaku perbualan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Bakar As Siddiq.
sahabat-sahabat lain pun ada mendengarnya.

"wahai Abu Bakar,aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku[ikhwan]," ujar Rasulullah.

"wahai Rasulullah,bukankah kami ini teman-temanmu?". jawab Abu Bakar

"bukan... kamu adalah sahabat - sahabatku..." balas Rasulullah tegas.

kata2 Rasulullah membuatkan sahabat sahabat lain hairan. apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan yang dimaksudkan Rasulullah itu? siapakah yang dimaksudkan Rasulullah itu dengan penuh kerinduan??

"ikhwan ku itu ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka mencintai aku. aku dicintai melebihi anak dan orang tua mereka."

"ya Rasulullah! bukankah kami ini ikhwanmu??" bertanya lagi salah seorang sahabat.

"kamu semua adalah sahabat2ku,,," jelas Nabi.

"wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui akhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" demikian Nabi menjelaskan perkara itu.



------------------------------------------------------------------------



begitulah rindunya Rasulullah terhadap kita sebagai ummat baginda..
lalu,,
tanya diri anda..
adakah anda mencintai Rasulullah??
banyak manakah sunnah baginda yang telah anda lakukan??
tepuk dada,tanya iman..


wallahu a3lam.

No comments: