Follow us.

Saturday 28 May 2011

ancaman ummah!

orientalisme merupakan gerakan yang didokong oleh para sarjana barat yang terdiri drpd org2 Yahudi dan Kristian,, sungguh! gerakan ini merupakan ancaman yang sgt2 berbisa kpd kita!nak tahu cmne gerakan ini terjadi?? gerakan ini bermula drpd kesan pertembungan pemikiran, politik,aqidah atau ideologi y menyelubungi zaman pasca modenisme ini. faktor terpenting perkembangan gerakan ini adalah disebabkan oleh perasaan hasad dengki masyarakat barat selepas tewas dalam perang salib (The Crusade War) dan kemajuan Islam yang tlah menguasai dunia pada ketika itu.. tak percaya kenyataan ana nie??ok.. salah 1 bukti bhw mereka masih lagi berdendam dgn orang2 islam ialah apa yang kita saksikan di Mesir.. perasan tak paderi di Mesir masih lagi memakai pakaian warna hitam. tau tak kenape? sbb.. mereka masih lagi berkabung atas kekalahan mereka ketika perang salib, sedangkan di negara barat para paderi telah menukar pakaian mereka kepada warna putih.

ikhwan wa akhawat..
ingatlah hadith Nabi s.a.w:
'akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin"


diantara cara pergerakan orientalis ialah dgn mewujudkan universiti dan sekolah khas.
Eropah telah membentuk bebrapa kelas pengajian berkaitan dgn ilmu ke'Timur'an khususnya pengajian Islam di universiti2 mereka terutamanya di peringkat Majiste dan Phd. mereka menaja pelajar2 muslim dari negaa2 Islam untuk dimasukkan ke kelas utk dimasukkan ke kelas yang tlah dibentuk itu. pelajar2 ini dididik mengikut sukatan yg tlah dirancang dgn harapan mereka akan menganuti pemikiran orientalisme setelah menamatkan pengajian.
menurut Al-Jabri:
"peranan paling serius yang dijalankan oleh orientalis didlm memerangi Islam secara praktikalnya ialah dgn membina rangkaian pusat pengajian bermula dari pringkat tadika hingga ke universiti utk mendidik generasi baru ummat Islam dripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya pada peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana"

matlamat Orientalisme adalah bertujuan utk menjaga kepentingan mereka dalam politik, ekonomi dan tidak ketinggalan utk menyebarkan fahaman mereka ke eluruh dunia. selain itu, matlamat Orientalisme adalah untuk:

1) membina batu pemisah diantara Islam dan Barat dari segi thaqafah dan imej

firman Allah;"wahai ahli kitab(Yahudi dan Nasrani), keapa kamu tutupi kebenaran dgn kebatilan. dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar, sedangkan kamu sedah mengetahuinya??"

2) menimbulakan keraguan dikalangan intelektual di dlm negara Islam. contohnya, mengatakan bhw agama Islam menentang kemajuan dan menganjurkan keganasan.firman Allah:"dan jika kamu mentaati kpd kebanyakkan mereka diumi ini, nescaya mereka yang menyelewengkan kamu dari jalan Allah yang sebenarnya. mereka sendiri pun tidaklah mengikuti kecuali dgn syak wasangka. dan tidak mereka lakukan sedemikina kecuali orang2 pembohong shj"

3) menjauhkan umat Islam dri aqidah dan syariat Islam.

4) utk melemahkan tali persaudaraan umat Islam.berkata seorang Orientalisme bernama Hanoto bhw:"kita mesti merenggangkan ikatan umat Islam yg menghubungkan mereka di Barat dan timur yang menjadikan mereka umat yang satu iaaitu ikatan keagamaan."

sahabat2 ku sekalian!
sungguh mereka amat bencikan kita,Tuhan kita, Nabi kita, dan Agama kita..
bahayanya gerakan ini dan menjadi ANCAMAN KEPADA UMMAH!

sesungguhnya, Orientalisme menjadikan diri mereka sebagai pelopor kpd ilmu Islam dan kajian tentangnya. kajian mereka hnayalah mengikut perasaan semata2 tanpa mengira benar atau dusta kajian itu. justeru, golongan Orientalisme ini samada mereka dari Barat mahupun dari kalangan orang islam sendiri bersusah payah utk mengubah fakta2 sebenar dlm Islam. mereka cuba memesongkan hakikat Islam.

1) orientalis bernama Ernest Renan berpendapat bhw agama Islam adalah hasil ciptaan Muhammah s.a.w.

2)george Sale dlm kata pengantar bagi peenterjemahan Al-Quran yang dihasilkannya menyatakan bahawa Al-quran itu adalah produk dan karangan Nabi Muhammad

3) Richard Bell beranggapan bhw Muhammad, didlm penyusunan Al-Quran telah mencedok sumber Yahudi dan sumber nasrani.

banyak lagi yang saya ingin kongsikan tp banyak lagi yang perlu saya tahu tentang gerakan ini. sejarah permusuhan dan dendam Yahudi terhadap Islam mmg tidak akan tamat. benarlah firman Allah dlm Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:"orang2 Yahudi Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka"




No comments: