Follow us.

Thursday 26 May 2011

Muaz bin Jabal

muaz bin jabal..
hamba begitu mengagumi ketokohan beliau..
beliau merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w yang sangat alim
dan juga pakar dalam persoalan hukum hakam.
bukan mudah untuk mendapat pengikhtirafan seumpama itu.
ketinggian iman dan taqwa sebab utama seseorang hamba sepertinya sangat dikasihi Allah.

muaz bin jabal..
sahabat mulia Ansar ini turut berbaiah dengan Nabi pada peristiwa Baiah Aqabah kedua.
berdasarkan penyertaan dan kondisi itu, dia tergolong dalam kalangan as-sabiqun awwalun iaitu sahabat golongan pertama. selepas itu dia tidak menoleh kebelakang lagi.
dia tidak pernah terlepas dan ketinggalan untuk bersama dengan Nabi s.a.w.
didalam apa jua peristiwa, suka dan duka,ketawa dan air mata, kerana keterampilan dan kewibawaannya dalam ilmu feqah dan ilmu wahyu. maka Nabi mengutuskannya ke Yaman sebagai guru pendidik ummah.
diterima pelantikan itu dengan penuh ikhlas,beramanah dan bertanggungjawab, bahkan dia sangat berbahagia melaksanakan amanat itu. ikhlas dan tingginya ilmu dan imannya itu disifatkan oleh seseorang temannya seolah-olah terbit dari mulutnya cahaya dan permata yang berkilau.

semua kemuliaan yang dicapainya adalah kerana ketulusan iman dan kemantapan aqidahnya, serta ketinggian budinya hasil siraman hidayah Allah juga berkat didikan serta kasih sayang Rasulullah. Rasulullah sangat sayng padanya. limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi lampu ummah pada sebahagiaan besar usianya bermula seawal kanak-kanaknya lagi.

pada suatu hari, Nabi bersabda:
"wahai muaz! demi allah, aku sangat mengasihimu, maka kamu jangan lupa membacakan setiap kali selepas solat..
'ya Allah ya tuhanku, tolonglah daku untuk mengingatiMu, untuk mensyukuri nikmatMu dan untuk mengelokkan ibadahku padaMu.' "
[RIWAYAT ABU DAUD,TIRMIZI DAN IMAM AHMAD]

No comments: