Follow us.

Saturday 2 July 2011

ما الحياة الدنيا الا متاع الغرور

Dari segi bahasa adalah menolak, berpaling atatu mengembalikan.Misalnya murtad dalam erti menolak dan ditolak, terdapat dalam surah Yusuf ayat 110:
110. (orang-orang Yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh Yang lanjut sebelum ditimpakan Dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya Yang ingkar dan menyangka Bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang Yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa Yang Kami kehendaki. dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum Yang berdosa.


Erti murtad yang membawa maksud dikembali-kembalikan juga terdapat dalam surah
al-An’am ayat 28:

28. (Mereka mengatakan Yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa Yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa Yang mereka dilarang dari melakukannya; dan Sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.

Dari segi istilah adalah masuknya seorang muslim ke agama kafir. Apabila seorang muslim meninggalkan agama Islam dan memasuki agama kafir dia akan disebut murtad iaitu keluar dari yang benar kepada yang batil Abdullah Ahmad Qadiri 1992: 18)

Kamus al-Munid dan al-Marbawi mentafsirkan murtad atau Riddah ialah berundur, berpatah balik, kembali ke jalan asal, atau keluar dari Agama Islam. Istilah murtad membawa maksud keluar daripada Islam (kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa kepada kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa paksaan) melalui salah satu daripada tiga unsur iaitu niat, perkataan dan perbuatan.

PERBEZAAN ANTARA KAFIR DAN KUFUR
Pengertian Kufur dan Kafir dapat ditinjau dari segi bahasa mahupun istilah
Definisi Kufir
Kafir dalam bahasa Arab ertinya adalah tersembunyi atatu tertutup
Dari segi istilah pula adalah menutup-nutupi kebenaran dengan kebatilan dan menghalang orang daripada membuat kebaikan. Selain itu ia juga bermaksud tidak percaya kepada sifat wahdaniyyah Allah S.W.T dan kerasulan nabi Muhammad
Antara perkara yang boleh membawa murtad disebabkan perbuatan dalam melakukan perkara yang diharamkan Allah dan Rasulnya antaranya adalah
a) sujud menyembah berhala
b) Menyembah matahari dan bulan
c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain seperti sujud pada manusia atau haiwan.
d) Membuangkan al-Quran atau hadith Nabi s.a.w. ke tempat najis atau memijak-mijaknya.
Manakala antara perkara yang boleh membawa murtad yang disebabkan perkataan adalah
a) Menyatakan bahawa Allah itu bersekutu dan berbilang-bilang atau menyatakan bahawa Allah itu tidak berkuasa terhadap alam ini.
b) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak sesuai dan tidak wajib dilakukan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat sekarang
c) Mengatakan bahawa sebahagian hukum-hukum Islam dan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh ulama-ulama Islam tidak sesuai lagi untuk diguna-pakai pada hari ini.
d) Menyatakan bahawa undang-undang manusia adalah lebih baik daripada undang-undang Allah.
e) Menyatakan bahawa qada dan qadar bukan datang daripada Allah, malah menyatakan bahawa ia datang daripada makhluk itu sendiri atau dari kekuatan alam .
f) Menyatakan bahawa Allah Ta’ala adalah salah satu daripada tiga tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruh Al-Qudus ( Haji Said Haji Ibrahim 1998: 19).
Orang yang melakukan kesalahan Murtad
Orang yang sah menjadi seorang murtad adalah tertakluk dibawah tiga syarat iaitu
1) Baligh- tidak sah murtad bagi kanak-kanak yang mumaiyiz
2) Berakal- tidak sah murtad orang yang gila
3) Kemahuan sendiri- tidak sah murtad orang yang dipaksa.
Seseorang islam boleh dihukumkan murtad dan didakwa dibawah kesalahan murtad ialah dengan sebab dua perkara:
a) Keluar dari agama Islam kerana tidak lagi mempercayai kebenaran agama Islam, samaada dengan i’tikad, perbuatan atau perkataan.
b) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan, atau perkataan yang menunjukkan kepada kekufuran, dan mereka tahu perbuatan yang dilakukannya atau perkataan yang dikeluarkannya membawa kekufuran dan murtad

No comments: