Follow us.

Sunday 20 February 2011

Perihal API NERAKA

hamba ingin bercerita mengenai sebuah kisah dimana Rasululah s.a.w bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka..,
Rasulullah bersabda: " wahai Jibril, beritahuku tentang api neraka."
jawab Jibril: "Ya Muhammad! sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat,andaikata ia kalau api neraka itu jatuh ke atas bumi ini walau sebesar lubang jarum, nescaya akan terbakarlah bumi ini. dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantung antara langit dan bumi maka akan matilah semua penduduk bumi akibat bau busuk yang amat dahsyat."
kemudian Jibril berkata lagi: "wahai Muhammad! kalau malaikat yang menjaga neraka yang sembilan itu turun ke bumi maka sudah tentu akan mati semua penduduk bumi kerana bentuk mereka yang sangat menggerunkan itu dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh di bumi maka ia akan menembusi ke dalam tujuh petala bumi."
apabila baginda mendengar penjelasan dari Jibril itu maka berkata Rasullulah s.a.w:
"hasbi ya Jibril! (cukuplah wahai Jibril)"
lalu Rasulullah menangis dan Jibril pun turut serta menangis . melihat keadaan Jibril itu, lalu Baginda bertanya:
"mengapa kamu menangis sedangkan kedudukanmu sangat mulia disisi Allah?"
maka Jibril menjawab: "ya Muhammad! tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukanku sangat dekat dengan Allah taala. tetapi aku takut kalau Allah hendak mengubahku atau mengujiku sebagaimana Harun dan Iblis laknatullah."

wallahu a3lam

No comments: