Follow us.

Sunday 27 February 2011

saranan mengingati mati

Hamba ingin bercerita perihal KEMATIAN sesuai dengan riwayat Abu Sa'id Al-Khudri,katanya:
Rasulullah s.a.w masuk ke surau. Baginda menjumpai jemaahnya sedang ketawa terbahak-bahak.
 oleh itu baginda bersabda:

"seandainya kamu perbanyakkan mengingati sesuatu yang menghilangkan kelazatan (mati), tentu sudah ada kesibukan kamu,dan tidak lagi seperti yang saya lihat tadi"

banyakkan mengingati mati!orang mati,apabila dia sudah masuk ke dalam kubur nanti,maka kuburnya akan berkata:
"aku ini adalah rumah yang sunyi,aku ini tempat perseorangan,sku ini rumah tanah dan rumah ulat"

kalau yang ditanam itu orang yang beriman maka kubur itu akan berkata padanya:

"selamat datang kepadamu,anda adalah orang yang paling aku sukai yang datang kepadaku. pada hari ini aku melindungimu,kerana engkau sudah datang ke sini, dan engkau akan lihat bagaimana layananku terhadapmu"

nabi s.a.w bersabda: kemudian diluaskan kuburnya sesayup mata memandang,seta dibukakan kepadanay pintu (pemandangan) ke syurga.

kalau yang ditanam itu orang kafir, kubur itu akan menyambutnya dengan kata-kata:

"tidak ada tahniah atau selamat datang kepada engkau. kau adalah orang yang paling aku benci yang datang kepadaku. oleh itu,aku pun kana berpaling daripadamu dan kau akan melihat bagaimana tindakanku padamu"

kemudian kubur itu akan maki hamun serta menghimpitnya sehingga hancur tulang rusuknya.

rasulullah bersabda lagi:

"kubur itu adalah salah satu taman daripada taman syurga ataupun salah satu lubang dari lubang neraka"
[hadith riwayat tirmidzi]


No comments: