Follow us.

Wednesday 2 March 2011

Hak dan Kewajipan Muslim. Let's Check It Out !!!


Diriwayatkan daripada A’un Bin Abi Juhaifah bahawa: 

Rasulullah S.A.W mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Suatu ketika Salman melawat Abu  Darda'  dan  melihat  Ummu Darda'  dalam  keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya, "Kenapa dengan kamu?” Lalu ia Ummu Darda' menjawab, "Saudaramu Abu Darda' tidak mahukan dunia.” 

Kemudian Abu Darda' menghidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Darda' makan bersama, lalu Abu Darda' menjawab, "aku berpuasa". Salman berkata, "aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama" lalu ia makan bersama." Apabia malam menjelang, Abu Darda' bangun beribadah, lalu Salman berkata, "pergilah tidur" lalu dia tidur. Kemudian, dia bangun beribadah semula, lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur. 

Apabila di akhir malam, Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya pun bersembahyang. Setelah itu Salman berkata kepadanya, "sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap Tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak." Maka diceritakan kepada Nabi S.A.W. peristiwa tersebut, lalu Nabi S.A.W. bersabda, "Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman".

                                                                                                                        (Hadith Riwayat Bukhari)
 The moral of the Hadith are:

(1)  Keseimbangan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap tuhannya (Allah), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.
(2) Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.
(3) Seseorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukan secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
(4) Keseimbangan   dalam  kehidupan  perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
(5)  Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi penyebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan tidak punya masa untuk beribadah. Begitu juga  sebaliknya   tuntutan bersungguh-sungguh beribadah tidak bermaksud sehingga meninggalkan tanggungjawab yang lain.
(6)Kefahaman terhadap ajaran Islam yang  sebenar amat   penting    untuk   menjadikan kehidupan seseorang   itu  seimbang antara tuntutan dunia dan   juga   tuntutan  akhirat serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

Akhir kalam, TEPUK DADA, TANYA IMAN.. Semoga kita sentiasa di bawah naungan RAHMAT dan MAHGFIRAH DIA YANG ESA.

No comments: