Follow us.

Monday 14 March 2011

Ibadah itu Mudah, Syurga pasti Indah.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa'i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yg dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah SAW..

Suatu hari semasa para sahabat duduk bersama Rasulullah, Baginda bersabda yang bermaksud: "Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga."
Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wudhu'nya. Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.
Keesokan hari Rasulullah mengulangi perkataan yang sama: "Akan datang seorang lelaki penghuni syurga." Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.
Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.
"Saya bertengkar dengan ayah saya dan berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?" pinta Abdullah bin Amr bin Al-Ash kepada lelaki itu.
Abdullah diizinkan oleh orang itu ke rumahnya dan tidur di rumahnya selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya.
Kata Abdullah: setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: "Hai hamba Allah! Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah bekata tentang dirimu sampai tiga kali, 'Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.' Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu. Berkata lelaki tersebut: 'Apa yang aku amalkan tak lebih dari apa yang kau saksikan.'
"Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: 'Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang kau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan dalam diriku niat buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.'"
"Lalu aku berkata: 'Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada hasad dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.'" (Hayat al-Shahabah, jilid2 hlmn 520-521)

mudahkan? lelaki ansar dlm kisah ni hanya buat 2perkara je, tak simpan niat buruk & tak dengki..
syurga Allah tak murah tapi dgn ibadah yg begitu mudah, kita dapat nikmati keindahan abadi...
semoga kita dapat mencapai maqam yg tinggi disisi Allah, amin~

No comments: